CEO HTC Meletakkan Jawatan Kurang Setahun Selepas Dilantik
HTC

CEO HTC Meletakkan Jawatan Kurang Setahun Selepas Dilantik

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

Kemelut HTC masih belum boleh dilihat akan berakhir. Laporan kewangan awal bulan lalu sekali lagi mencatatkan kerugian untuk sembilan suku berterusan. Hari ini CEO HTC, Yves Maitre telah meletakkan jawatan kurang setahun selepas dilantik. Cher Wang yang merupakan pengasas HTC kembali semula sebagai CEO.

Yves meletakkan jawatan atas sebab peribadi. Sejak dilantik, beliau lebih banyak menghabiskan masa di Perancis dan akibat Covid-19 tidak dapat kembali ke Taiwan untuk menjalankan tugas. Antara langkah yang diambil oleh HTC untuk menongkah arus ialah melancarkan peranti kelas pertengahan dengan sokongan 5G sahaja. Sudah dua tahun mereka tidak melancarkan peranti mercu. Malahan HTC kini lebih dikenali sebagai syarikat realiti maya dan bukannya gergasi dunia telefon pintar.



TIPS & ULASAN