Dron Nuuva Mampu Membawa Kapasiti Kargo Besar Dengan Mod Terbang Menegak

Dron Nuuva Mampu Membawa Kapasiti Kargo Besar Dengan Mod Terbang Menegak

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

Industri menghasilkan dron penumpang dan kargo komersial berkemban dengan cukup pantas sejak sedekad lalu. Kebanyakan dron menggunakan semula rekaan dron kecil kuad-kipas yang sudah terbukti prestasinya. Pipistrel ialah sebuah lagi syarikat yang ingin mengubah landskap penghantaran kargo udara. Dron Nuuva rekaan mereka telah diperlihatkan dengan kapasiti kargo yang besar dan jarak operasi yang jauh.

Nuuva V300 ialah versi yang paling besar. Ia mampu membawa kargo seberat 300 kilogram dengan jarak penerbangan sehingga 300 kilometer. V300 mempunyai lapan kipas, enam adalah untuk terbang menegak dan dua lagi untuk penerbangan mendatar. Tetapi ia boleh membawa kargo dengan berat maksimum 460 kilogram dan terbang sehingga 2500 kilometer jika diperlukan.

Turut diumumkan ialah Nuuva V20 yang bersaiz lebih kecil. Ia mampu terbang sejauh 250 km dengan kargo seberat 20 kilogram. Seperti dron lain, kedua-dua model mempunyai sistem swaterbang tetapi boleh diambil alih juruterbang manusia pada bila-bila masa.

Pipistrel berkata sistem mereka adalah sehingga 10 kali ganda lebih menjimatkan berbanding menggunakan helikopter. Nuuva V300 menyasarkan permulaan operasi pada tahun 2023 manakala V20 seawal 2021.



TIPS & ULASAN