Cari @ Amanz

imoo Watch Phone Z5 Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Kanak-Kanak Untuk Pasaran Tempatan

Link Copied!

imoo adalah jenama yang hadir dengan jam tangan pintar kanak-kanak. Bagi yang tidak tahu, imoo sudah pun memasuki pasaran Malaysia dengan menjual pelbagai jam tangan pintar kanak-kanak. Terkini, mereka hadir dengan imoo Watch Phone Z5 iaitu sebuah jam tangan pintar yang turut mempunyai kemampuan membuat panggilan telefon.

imoo Watch Phone Z5 dilancarkan untuk memudahkan ibu bapa sentiasa berhubung dengan kanak-kanak. Misalnya, apabila anak-anak mereka bermain dengan rakan-rakan dan ibu bapa berada di rumah – hanya dengan menggunakan jam tangan si anak kecil boleh menjawab panggilan telefon ibu bapa mereka. Jam ini juga mempunyai kamera 5MP terbina bagi memudahkan ibu bapa membuat panggilan video, selain mempunyai sokongan telefoni untuk panggilan telefon biasa, dan bagi memastikan anak-anak tidak leka dengan jam ini – ibu bapa boleh tetapkan Class Mode untuk menjadi jam tangan biasa.

Jam ini memuatkan storan 4GB, kemampuan membuat penjejakan lokasi, kali air sedalam 20m, auto jawab selepas 10 saat menerima panggilan telefon dari kenalan dan auto halang jika panggilan dari individu tidak dikenali. Harga jualan adalah RM699 dan imoo menawarkan warna merah jambu dan juga hijau.


Komen ()