ByteDance Menyertai Arena Pembayaran Digital Di China

ByteDance Menyertai Arena Pembayaran Digital Di China

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

ByteDance merupakan salah satu syarikat yang semakin popular sejak setahun dua kebelakangan ini – salah satunya adalah disebabkan populariti TikTok. Terbaru, selain TikTok, pihak ByteDance hari ini turut menyertai arena kewangan di China.

Dengan langkah ini, ByteDance dilihat ingin memasuki arena yang sedia didominasi oleh Tencent dan Alibaba di China.

ByteDance sebelum ini telah mengambil-alih salah satu agensi pembayaran, dinamakan UIPay pada 2018 yang lepas. Dengannya, mereka sedia mempunyai lesen untuk menawarkan khidmat kewangan.

Buat masa ini, penawaran khidmat pembayaran digital ini masih terhad untuk pasaran China sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada ByteDance akan memperluaskan penawaran untuk pasaran luar China atau sebaliknya.



TIPS & ULASAN