MediaTek Mengumumkan Dimensity 1000c – Eksklusif Untuk LG Velvet 5G Edisi T-Mobile
Artikel Berkaitan
LG

MediaTek Mengumumkan Dimensity 1000c – Eksklusif Untuk LG Velvet 5G Edisi T-Mobile

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

MediaTek semakin hari semakin hebat dalam penghasilan cip pemprosesan. MediaTek hari ini bukannya MediaTek yang ramai kenal dengan isu yang kerap memanas. Tetapi, tidak dinafikan yang Snapdragon sentiasa yang terulung untuk peranti Android.

Terkini, MediaTek telah mengumumkan Dimensity 1000c – iaitu cip pemprosesan 5G baru mereka. Cip ini dilancarkan secara eksklusif kepada LG Velvet 5G edisi T-Mobile terlebih dahulu dan tidak pasti jika ia akan digunakan kepada peranti Android lain. CPU yang digunakan adalah empat-teras ARM Coretx-A77 2.0GHz + empat-teras ARM Cortec-A55 2.0GHz, manakala GPU adala lima-teras ARM Mali-G57.

Ia turut mempunyai cip kecerdasan buatan APU 3.0 empat-teras, sokongan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman UFS2.2. Untuk sokongan skrin, cip ini menyokong FHD+ sahaja, tetapi ia mempunyai sokongan HDR10+, sokongan kamera adalah sehingga empat lensa 64MP, atau dwi-lensa kamera swafoto 32+16 MP. Rangkaian 5G pula adalah jenis sub-6GHz, dwiband GNSS, mikrofon sentiasa aktif untuk seruan pembantu digital dan cip ini dibina berasaskan 7nm.

Untuk peranti LG Velvet 5G ini, ia menggunakan skrin POLED 6.8 inci, memori 6/128 GB dengan sokongan kad microSD, bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W serta nirwayar 9W. Kamera pula adalah 48MP utama + 8MP sudut ultra lebar + 5MP sensor kedalaman dan kamera swafoto 16MP. Ia juga masih kekal dengan port bicu audio 3.5mm, mempunyai sokongan stilus dan aksesori skrin kedua LG Dual Screen, perlindungan IP68 dan pengimbas cap jari bawah skrin.



TIPS & ULASAN