Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah memudahkan pengguna untuk memindahkan gambar dan video dari akaun Facebook ke Google Photos – sekaligus memudahkan lagi proses melakukan salinan pendua. Kini, selain dari hanya ke Google Photos, Facebook turut memudahkan pengguna untuk memindahkan gambar dan video dari Facebook ke Dropbox.

Dengan langkah ini, ia memmudahkan lagi pengguna Facebook untuk membawa rakaman memori ke platform lain – selain pada masa yang sama menggunakan platform simpanan lain untuk tujuan salinan pendua.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pemindahan salinan gambar dan video ke Dropbox melalui laman Facebook, dan menyimpan data pada platform lain selain Facebook.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd