Cari @ Amanz

Sebuah lagi fon telinga TWS memasuki pasaran Malaysia hari ini. Edifier X3 Minibuds TO-U Series menawarkan kemampuan audio nirwayar pada harga mampu milik dan juga kemampuan kalis air IP55.

Dengan rekaan dalam telinga, Edifier X3 Minibuds hadir dengan pembatalan hingar pasif. Terdapat pad sesentuh pada bahagian sisi untuk mengawal media dan sokongan pengecasan menggunakan port USB-C. Dengan sekali caj fon telinga boleh beroperasi selama 6 jam atau 24 jam dengan penggunaan pod pengecas.

Fon telinga ini turut menyokong codec Qualcomm aptX dan SBC menerusi tambatan bluetooth 5.0. Di Malaysia Edifier X3 Minibuds TO-U Series dijual pada harga RM149 sebuah dalam warna biru dan merah jambu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd