Carian
The Premiere Ialah Projektor 4K Lontaran Pendek Terkini Samsung
September 4, 2020 Effi Saharudin

Projektor secara lazimnya memerlukan ruang yang besar untuk menghasilkan imej bersaiz besar. Tetapi dengan teknologi lontaran pendek, mereka yang mempunyai ruang yang kecil kini boleh menikmati pancaran imej yang besar. Menerusi The Premiere, Samsung berjaya menghasilkan projektor lontaran pendek beresolusi 4K dan sokongan HDR10+.

Dua model dihasilkan – LSP9T and LSP7T masing-masing mampu melontarkan imej sebesar 130 dan 120 inci. LSP9T juga adalah projektor pertama dunia yang menyokong paparan kandungan HDR10+ dengan keterangan imej mencecah 2,800 ANSI lumens.

Walaupun kedua-duanya adalah projektor, ia dilengkapi sistem operasi pintar yang digunakan pada televisyen pintar Samsung di pasaran. Ini membolehkan ia digunakan untuk memaparkan kandungan terus dan dikawal menggunakan telefon pintar.

Komen