Carian
Spesifikasi OnePlus 8T Tertiris – 120Hz AMOLED Dan Snapdragon 865+
September 4, 2020 Fahim Zahar

OnePlus 8T adalah peranti mercu seterusnya daripada OnePlus, yang mana ini adalah strategi pemasaran OnePlus – iaitu melancarkan dua kali peranti mercu. Peranti mercu pertama mereka adalah OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro, yang mana dijana dengan Snapdragon 865, skrin kadar segar semula tinggi, sokongan pengecasan nirwayar, serta perlindungan kalis air.

OnePlus 8T sebelum ini, imejnya telah tertiris – yang mana memperlihatkan penggunaan skrin yang rata. Terkini, dari Android Central lebih butiran mengenai peranti ini telah didedahkan. OnePlus 8T mirip sahaja dengan OnePlus 8, tetapi dengan pilihan kadar segar semula 60Hz dan 120Hz. Tetapan 120Hz adalah secara lalai, kemudian kamera adalah tetapan kuad-kamera dari lensa 48+16+5+2 Megapixel tetapi kamera swafoto tidak diketahui. Cip pemprosesan adalah Snapdragon 865+ dan dipadankan dengan pilihan memori 8/128 GB.

OnePlus 8T akan dilancarkan pada penghujung September ini atau mungkin pada awal Oktober dengan Android 11 iaitu Oxygen OS 11 terus terpasang pada peranti. Harga jualan masih tidak diketahui lagi, tetapi ia mungkin lebih mahal dari OnePlus 8. Sama-sama kita nantikan.

Komen