Realme Mengumumkan Sejumlah Produk Baharu Di IFA 2020 – Termasuk Realme Watch S Pro

Realme Mengumumkan Sejumlah Produk Baharu Di IFA 2020 – Termasuk Realme Watch S Pro

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

Pentas utama acara IFA 2020 hari ini menyaksikan Realme mengumumkan sejumlah produk baru keluaran mereka. Ia termasuklah Realme Watch S Pro, Realme Buds Air Pro, Realme Buds Wireless Pro, Realme Smart TV 55″, Realme Smart Cam 360° dan Realme Smart Bulb.

Realme Watch S Pro hadir dengan rekaan skrin berbentuk bulat bersama paparan jenis AMOLED. Ia juga akan menggunakan antaramuka yang dipertingkatkan. Tiada lagi maklumat lanjut berkaitan peranti ini yang dikongsi buat masa ini.

Seterusnya, Realme Smart TV 55″ pula adalah televisyen pintar dengan skrin 55-inci yang dikatakan menyokong resolusi sehingga 4K dan HDR. Bergerak pada Realme Buds Air Pro and Buds Wireless Pro pula, kedua-duanya dikatakan hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif (ANC). Buat masa ini, kesemua produk ini hanya diumumkan di IFA 2020 dan dijangka muncul pada sekitar suku keempat tahun 2020.

Dalam acara yang sama, Realme turut mengesahkan mereka bakal hadir dengan siri Realme Narzo 20 tidak lama lagi. Sekali lagi, tiada butiran lain yang dikongsi, namun terdapat dakwaan mengatakan peranti ini mungkin hadir dalam dua model iaitu Realme Narzo 20 dan Realme Narzo 20 Plus.



TIPS & ULASAN