Para pengguna CIMB sedia menghadapi masalah untuk mengakses perkhidmatan perbankan atas-talian beberapa kali minggu ini. Terbaru, pihak CIMB melalui halaman rasmi, mengesahkan mereka akan melakukan penyelenggaraan CIMB Clicks sehingga hari Ahad ini, 6 September 2020.
CIMB menyatakan penyelenggaraan akan dilakukan sehingga 12 tengah hari pada hari Sabtu, 5 September, dan diteruskan antara pukul 11 malam 5 September sehingga 8 pagi 6 September.
CIMB menyatakan yang mana mereka sedang menaik-taraf sistem dalam usaha memberikan pengalaman lebih baik untuk pengguna. Walaupun tujuan yang dilakukan oleh CIMB adalah baik, tetapi mungkin ia akan diterima dengan lebih baik dan dirancang penggunaan oleh para pengguna sekiranya ia dinyatakan dengan lebih jelas terlebih dahulu.
Bagi pengguna CIMB Clicks, mungkin boleh melihat kepada beberapa kaedah alternatif untuk melakukan transaksi ketika tempoh ini.