Facebook Menguji Paparan Instagram Stories Terus Pada Aplikasi Facebook

Facebook Menguji Paparan Instagram Stories Terus Pada Aplikasi Facebook

Diterbitkan pada Sep 5, 2020 oleh .

Facebook sebelum ini sedia mula mengintegrasikan sokongan permesejan antara Instagram dan Facebook. Kini, selain daripadanya, gergasi media sosial berkenaan turut telah mula menguji ciri yang memudahkan pengguna menonton Instagram Stories terus pada aplikasi Facebook.

Ciri ini berbeza dengan yang sebelum ini, yang membolehkan pengguna menerbitkannya sebagai Facebook Stories dari Instagram.

Melalui ciri baru ini, apabila diaktifkan, rakan Facebook anda yang mengikuti anda di Instagram, boleh melihat Instagram Stories terus pada Facebook Stories. Namun, sekiranya mereka hanya menjadi rakan di Facebook, dan tidak mengikuti di Instagram, maka mereka tidak dapat melihatnya.

Buat masa ini, ciri baru ini masih sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diperkenalkan secara rasmi kepada semua atau sebaliknya.



TIPS & ULASAN