Cari @ Amanz

Epic kini telah memfailkan permohonan baru ke mahkamah, meminta Apple diarah untuk mengembalikan aplikasi Fortnite ke kedai aplikasi AppStore kembali.

Epic mengatakan pemain Fortnite di IOS berjumlah 116 juta pemain berdaftar, dan sejak aplikasi dibukan dari AppStore, pemainnya telah berkurangan sebanyak 60%.

Epic turut mengatakan sekitar 63% pemain Fortnite di IOS hanya mengaksesnya melalui iPhone atau iPad mereka – membuatkan mereka tidak lagi dapat memainkan permainan berkenaan.

Epic turut mengatakan Apple menghalang pendaftaran akaun baru untuk “sekurang-kurangnya setahun”.

Sebelum ini, Apple telah bertindak membuang aplikasi Fortnite selepas Epic menambah ciri pembayaran alternatif – yang mana melanggar terma dan polisi App Store. Sejak daripadanya, Epic telah memfailkan beberapa saman mahkamah, dan Apple sendiri telah membuang akaun Epic dari App Store – sekaligus turut membuang beberapa permainan lain dibawah akaun pembangun Epic.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd