Carian
10 Startup Terbaik Program SAP 2020 Diumumkan
September 6, 2020 Amy Maizuraa

Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) kini telah mengumumkan senarai 10 startup terbaik bagi program Selangor Accelerator Program (SAP 2020). Tahun ini menyaksikan seramai 27 peserta startup bersaing memberikan persembahan produk terbaik ketika acara kemuncak, Pitch @ Selangor 3 : SAP 2020 Demo Day.

Acara kemuncak yang diadakan di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar itu telah dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Kesemua peserta diadili 8 juri profesional, di mana 70% markah adalah penilaian daripada penglibatan menyeluruh peserta. Manakala, selebihnya pula adalah skor yang merangkumi aspek prestasi dan kehadiran peserta secara berkala sepanjang tempoh program berlangsung.

Senarai 10 startup terbaik adalah seperti berikut : Linkup Smart Solution, QueueMed, Ejen2u, Pomen, HeyAlfred, GA Alliance, Didigo, The Carpedia, Footballhub dan Trucktrader. Difahamkan, lima senarai startup teratas masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah 6,000 setiap seorang.

Komen