Aduan Terhadap Kelajuan Internet Dan Liputan Meningkat Sehingga 70% Ketika Tempoh PKP

Aduan Terhadap Kelajuan Internet Dan Liputan Meningkat Sehingga 70% Ketika Tempoh PKP

Diterbitkan pada Sep 6, 2020 oleh .

Penularan Covid-19 telah membuatkan Malaysia mengimplementasi Perintah Kawalan Pergerakan sejak daripada 18 Mac yang lepas. Hal ini turut membuatkan ramai yang mula bekerja dari rumah, selain pelajar yang mengikuti pengajian secara atas talian.

Jendela Aduan

Hal ini turut membuatkan penggunaan internet meningkat secara drastik. Melalui kajian JENDELA, kerajaan mendapati penggunaan internet meningkat sekitar 30% ke 70% sepanjang tempoh PKP ini.

Disamping itu, kelajuan internet juga dilihat berkurangan antara 30% ke 40% berbanding kebiasaan.

Selari dengannya, aduan daripada pengguna terhadap kelajuan internet, liputan dan sebagainya meningkat antara 40% ke 70%.

JENDELA atau Jalinan Digital Negara kini dalam usaha meningkatkan kadar kesalinghubungan rangkaian digital di Malaysia – sekaligus memfokuskan kepada penawaran internet lebih pantas, dan pengenalan rangkaian 5G di Malaysia.



Paling Popular