Grab hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segambut pada penghujung September 2020 ini, dan diikuti oleh perkhidmatan GrabFood dan GrabMart.
Ketika pengumuman berkenaan, Grab turut berkongsi data semasa, mengatakan sekitar 1 daripada 70 orang di Asia Tenggara memperolehi pendapatan melalui platform Grab.
Ini termasuk pemandu GrabCar, penghantar GrabFood dan GrabMart, selain kedai dan sebagainya. Grab sendiri mula memfokuskan kepada penawaran khidmat kewangan melalui GrabPay.
Di Malaysia, kerajaan turut mengedarkan rebat nirtunai menggunakan dompet digital Grab.
Grab terus menyasarkan untuk meningkatkan peluang ekonomi dikalangan pengguna tempatan dengan pengenalan perkhidmatan dibawah mereka dengan lebih meluas di Malaysia.
Bagi anda sendiri, adakah anda menjana pendapatan melalui platform Grab?