Carian
Oppo A53 Kini Di Malaysia – Skrin 90Hz, Bateri 5000mAh Pada Harga RM699
September 6, 2020 Aman

Oppo Malaysia kini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar dibawah siri A untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo A53. Telefon pintar ini boleh didapati pada harga RM699 melalui para pengedar Oppo seluruh negara.

Oppo A53 menggunakan skrin 6.5-inci dengan resolusi HD+, dan menariknya hadir dengan sokongan panel pada kadar segar semula mencapai 90Hz. Ia dijana cip Snapdragon 460, dilengkapi bateri 5000mAh dan sokong pengecasan 18W.

Oppo A53

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini menyertakan kamera utama gabungan 16MP + 2MP + 2MP. Telefon pintar ini menjalankan sistem operasi Android 10 terkini, dan menyertakan pengimbas cap jari fizikal di belakang.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM699 di Malaysia.

Komen