Winamp merupakan salah satu pemain muzik dan audio popular sekitar sedekad dua yang lepas. Salah satu kelebihan yang turut dibawakan oleh Winamp adalah kemudahan untuk pengguna mengubah rekaannya mengikut citarasa masing-masing.

Terbaru, seorang pembangun Facebook menghimpunkan sekitar 65,000 rekaan pemain Winamp, melalui sebuah projek dinamakan Winamp Skln Museum.
Melalui halaman khas yang disediakan, pengguna boleh melayari dan melihat pelbagai rekaan berbeza yang disediakan – dimana ia adalah salah satu perkara ikonik suatu ketika dahulu.
Bagi anda sendiri, pernahkah anda mencuba Winamp Skin?
- Info
- Layari : Winamp Skin Museum