Microsoft Kini Dalam Persediaan Untuk Mematikan Sokongan Flash Player

Microsoft Kini Dalam Persediaan Untuk Mematikan Sokongan Flash Player

Diterbitkan pada Sep 7, 2020 oleh .

Microsoft sebelum ini sedia mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk Adobe Flash Player. Selari dengannya, kini gergasi perkomputeran berkenaan berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka dalam penamatan sokongan berkenaan.

Seperti semua sedia maklum, Adobe akan menamatkan sokongan Adobe Flash Player pada Disember 2020 ini. Selepas daripadanya, tiada lagi penawaran Flash Player, dan tiada lagi kemaskini akan ditawarkan untuknya.

Selari dengannya, Microsoft turut mengumumkan mereka tidak akan menawarkan kemaskini untuknya selepas Disember 2020 ini. Microsoft turut akan mematikan Flash Player yang menggunakan versi sebelum Jun 2020 bermula Januari 2021 kelak.

Microsoft Edge versi Chromium juga akan menamatkan sokongan untuk Flash Player, selain Microsoft mengatakan versi Internet Explorer 11 juga tidak akan menerima sebarang kemaskini sekuriti daripada Microsoft untuk Flash Player selepas tahun ini.

Microsoft turut mengatakan mereka akan menawarkan sebuah perisian khusus untuk membuang komponen Flash pada Windows. Tarikh untuk pengenalan perisian ini masih tidak diketahui lagi.

Bagi pengguna perushaan yang memerlukan akses ke Flash Player, akan perlu menjalankan Edge pada mmod Internet Explorer, dan memberi kebenaran untuk mmenjalankan kod Flash. 



TIPS & ULASAN