Uber Sedang Mencari Bandar Ketiga Untuk Menguji Perkhidmatan Teksi Terbang

Uber Sedang Mencari Bandar Ketiga Untuk Menguji Perkhidmatan Teksi Terbang

Diterbitkan pada Sep 7, 2020 oleh .

UberAir, perkhidmatan teksi terbang oleh Uber sepatutnya dilancarkan pada tahun ini. Setakat ini, perkhidmatan pengangkutan udara tersebut sedang diuji di dua bandar, iaitu Fort Worth di Texas dan juga bandar Dubai.

Uber juga sepatutnya menguji perkhidmatan tersebut di Los Angeles, tetapi akhirnya dihalang oleh kerajaan tempatan kerana beberapa isu. Walaupun begitu, Uber masih tidak berputus asa, dan kini sedang mencari bandar ketiga untuk menguji keberkesanan UberAir.

Diantara kriteria yang perlu dipenuhi untuk sebuah bandar memenuhi syarat ujian ini ialah bandar tersebut perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 2 juta penduduk dengan ketumpatan 2000 penduduk setiap satu batu persegi.

Oleh ini, Uber dikatakan sedang dalam proses memilih satu bandar daripada pilihan lima buah negara, termasuklah Brazil, India, Perancis, Jepun dan Australia.

Diantara bandar-bandar yang sedang dikaji untuk perkhidmatan ini adalah seperti Tokyo, Rio di Janeiro, Melbourne, Delhi dan Paris dimana kesemuanya adalah bandar-bandar dengan jumlah penduduk yang ramai dengan nilai ketumpatan yang tinggi.

Uber dikatakan akan memilih bandar ujian UberAir ketiga dalam masa enam bulan. Sama ada projek ini akan berjaya atau tidak, kita akan perlu tunggu dan lihat terlebih dahulu.



TIPS & ULASAN