Poco sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan Poco M2 pada 8 September ini – iaitu sehari selepas pelancaran untuk Poco X3 NFC. Secara tidak langsung, perkara ini nyata memberikan kejutan tersendiri buat semua pihak.
Sudah menjadi adat, setiap kali menjelang pelancaran rasmi pasti akan ada sejumlah info tertiris yang akan mula dikongsi. Termasuklah Poco M2 sendiri, yang mana kini sejumlah spesifikasi dalamannya telah disahkan. Peranti ini disahkan hadir dengan sokongan bateri besar 5,000mAh dengan ketahanan mencecah sehingga 2 hari.
Selain itu, ia juga akan hadir dengan sokongan kuad kamera utama. Akan tetapi, konfigurasi kamera masih lagi menjadi teka-teki. Dalam perkembangan lain, paparan pada Poco M2 akan hadir dengan penggunaan panel FHD+, selain turut disertakan dengan memori 6GB RAM.
Kesemua spesifikasi ini telah disahkan oleh Poco India menerusi beberapa hantaran di laman Twitter rasmi mereka. Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan acara pelancaran rasmi kelak. Siapa tahu, Poco mungkin mempunyai perancangan istimewa buat peminat setia.