Cari @ Amanz

Grab hari ini telah mengumumkan bahawa tambah-nilai minima RM50 yang diumumkan oleh mereka tidak lama dahulu akan mula berkuat-kuasa pada hari ini, 7 September 2020.

Dengan pengumuman ini, semua tambah-nilai dompet digital GrabPay yang dilakukan melalui sistem perbankan atas-talian FPX hanya boleh dilakukan dengan nilai RM50 keatas, tidak seperti sebelum ini, dimana nilai minimanya ialah RM20 sahaja.

Walaupun begitu, nilai minima tambah-nilai ini masih kekal pada tahap RM20 jika anda membuat tambah-nilai wang ke dalam Grab Wallet menggunakan kad kredit, kad debit ataupun menggunakan perkhidmatan kewangan Maybank2U.

Mengapa Maybank2U satu-satunya bank dan perkhidmatan penghantaran wang yang tidak terkesan dengan keputusan terbaru Grab ini tidak diketahui. Mungkin ia adalah kerana kerjasama diantara kedua-dua syarikat ini apabila perkhidmatan GrabPay mula diperkenalkan dua tahun yang lalu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd