Carian
Pizza Hut Kini Membolehkan Anda Membuat Pesanan Menggunakan WhatsApp
September 7, 2020 Aman

Pizza Hut kini memperkenalkan satu lagi kaedah baru untuk membuat pesanan makanan mereka, iaitu melalui penggunaan WhatsApp.

Bermula hari ini, pengguna boleh menambah akaun Pizza Hut di WhatsApp melalui nombor 016 755 2525, dan seterusnya berinteraksi dengan bot khusus untuk membuat pesanan anda.

Pizza Hut WhatsApp

Pengguna boleh memilih bahasa, dan pada masa yang sama turut memilih untuk mengambil pesanan sendiri atau ia dihantar kepada anda.

Dengan langkah ini, ia memberikan lebih alternatif kepada pengguna untuk melakukan pesanan, dan tidak terikat untuk menggunakan web atau aplikasi sahaja.

Bagi anda yang sering membuat pesanan Pizza Hut, mungkin boleh menyemak penawaran pesanan melalui WhatsApp ini hari ini.

Komen