Kerusi Urut Gaming Predator Gaming Chair x OSIM Kini Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM2399

Kerusi Urut Gaming Predator Gaming Chair x OSIM Kini Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM2399

Diterbitkan pada Sep 7, 2020 oleh .

Sewaktu acara Acer Global Press Conference beberapa bulan yang lalu, Acer telah mengumumkan sebuah kerjasama dengan syarikat peranti urut OSIM dimana mereka memperkenalkan kerusi urut gaming pertama yang dinamakan Predator Gaming Chair x OSIM.

Kerusi urut ini mempunyai rekaan kerusi gaming yang biasa dilihat, tetapi hadir dengan ciri mengurut bahu dan bahagian belakang terbina didalamnya yang dikatakan menjaminkan kesihatan dan keselesaan tulang belakang walaupun anda duduk bermain permainan video ataupun bekerja untuk jangka masa yang lama.

OSIM hari ini telah membuka laman pra-tempah untuk kerusi Predator Gaming Chair x OSIM ini untuk pasaran Malaysia, dan ia hadir dengan tanda harga yang cukup menarik sekali.

Untuk mereka yang pra=tempah kerusi ini bermula hari ini sehingga 20 September, mereka boleh membeli kerusi ini pada harga RM2399. Menurut laman web tersebut lagi, harga asal selepas waktu pra-tempah ini tamat telah ditetapkan sebanyak RM4899.

Melalui laman web tersebut, ia dapat dilihat bahawa kerusi ini akan tiba dengan tiga pilihan warna, iaitu hitam, biru dan juga oren. OSIM juga mengatakan bahawa kerusi gaming Predator Gaming Chair x OSIM ini dijangka akan tiba di pasaran tempatan pada penghujung bulan Oktober kelak.

Jika anda berminat untuk pra-tempah kerusi gaming Predator Gaming Chair x OSIM ini pada harga diskaun yang cukup besar, anda boleh ke laman web OSIM melalui pautan ini.



TIPS & ULASAN