Pada pertengahan tahun ini, Honor telah memperkenalkan komputer riba nipis dang ringan mereka, iaitu Honor MagicBook Pro yang hadir dengan rekaan nipis dan ringan, bersama-sama dengan komponen CPU Intel generasi terbaru pada masa itu.

Baru-baru ini, di acara IFA 2020, Honor telah memperkenalkan sebuah lagi model MagicBook Pro yang menggunakan cip pemprosesan daripada pihak AMD pula.

Sama seperti Magicbook Pro sebelum ini, ia dilengkapi dengan paparan berbingkai nipis bersaiz 16 inci dengan resolusi Full HD dan menyokong gamut warna sRGB 100 peratus.
Ia dikuasakan CPU AMD Ryzen 7 4800U, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD PCIe sebesar 512GB dan menggunakan cip pemprosesan grafik AMD Radeon terbina.

Dari segi I/O pula ia dilengkapi tiga palam USB 3.2 Type-A, satu palam USB Type-C, satu palam HDMI 2.0 dan satu palam audio 3.5mm. Sama seperti Honor MagicBook sebelum ini, ia mempunyai kamera pop-naik yang boleh ditekan daripada bahagian papan kekunci.
Buat masa ini, Honor MagicBook Pro yang dikuasakan AMD akan tiba untuk beberapa pasaran terpilih untuk harga 899 Euro (~RM4500). Buat masa ini, kehadiran untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi.