Poco X3 Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Snapdragon 732G, Harga Serendah RM799

Poco X3 Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Snapdragon 732G, Harga Serendah RM799

Diterbitkan pada Sep 7, 2020 oleh .

Poco F2 Pro adalah peranti paling sensasi dalam Malaysia, yang mana harganya boleh didapati serendah sekitar RM1500 ketika promosi. Ia adalah pembunuh peranti mercu, yang mana dijana dengan Snapdragon 865. Tetapi setakat ini, semua peranti Poco yang telah dilancarkan secara global atau di Malaysia hanyala sebuah peranti Redmi dari China yang dijenamakan semula. Sehinggalah Poco X3, yang benar-benar peranti tersendiri Poco.

Poco X3 adalah peranti pertama dunia yang dijana Snapdragon 732G dan dipadankan dengan memori 6GB RAM serta pilihan storan dalaman 64GB atau 128 GB. Skrin pula adalah 6.67-inci FHD+, LCD dan mempunyai kadar segar semula 120Hz. Skrin peranti ini turut menyokong paparan HDR10 yang mana adalah satu perkara yang menakjubkan untuk peranti dalam siri ini. Peranti ini juga adalah peranti yang premium yang mana menggunakan kerangka aluminium, tetapi bagi memastikan harga yang mampu milik – panel belakang adalah plastik.

Kamera pula adalah kuad-kamera dari lensa 64MP f/1.89 (utama), 13MP f/2.2 (sudut ultra lebar), 2MP f/2.4 (makro). 2MP f/2.4 (kedalaman) dan kamera swafoto dalam skrin berlubang 20MP f/2.2. Poco turut menyertakan pembesar suara stereo, bateri sebesar 5160mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Lebih menarik, pengecas ini turut disediakan di dalam kotak.

Lebih menarik, peranti ini turut dijual pada harga yang mampu milik. Untuk 6/64 GB ia dijual pada harga RM899 dan RM1099 untuk 6/128 GB. Sempena minggu pelancaran, Xiaomi menawarkan harga diskaun RM799 dan RM949 di Shopee pada 9 September sehingga 10 September.



TIPS & ULASAN