Carian
Huawei FreeBuds Pro Dengan Pembatalan Hingar Akan Dilancarkan 10 September ini
September 7, 2020 Effi Saharudin

Tahun lalu Huawei FreeBuds dilancarkan dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Kami merasakan ia fon telinga yang menarik tetapi kerana rekaan terbuka, sistem pembatalan hingarnya tidak sebaik pesaingnya AirPod Pro. Pad 10 September ini, Huawei FreeBuds Pro akan dilancarkan secara rasmi dengan penambahbaikan yang dinantikan.

FreeBuds Pro akan mengguna rekaan dalam telinga yang boleh memastikan sambungan yang lebih kedap. Dengan ini pembatalan hingar yang lebih memuaskan dapat dinikmati. Rekaannya agak mirip AirPod Pro dengan tangkai sisi pendek dan sensor pada fon telinga yang mengesan apabila ia ditanggalkan.

Ia dipercayai akan menggunakan cip Kirin A1 seperti aksesori lain yang dikeluarkan Huawei. Rekaan yang tertiris menunjukkan ia akan ditawarkan dalam warna putih, hitam dan perak. Pada tarikh yang sama Huawei turut akan melancarkan beberapa peranti boleh-pakai baharu mereka.

Komen