Cari @ Amanz

Menjadi kebiasaan untuk OnePlus memperkenalkan dua variasi keluarga peranti pada setiap tahun. Selepas pengenalan OnePlus 8 sebelum ini, kini ramai yang menantikan pengenalan OnePlus 8T untuk pertengahan kedua 2020 ini.

Apa pun, mengikut desas-desus baru, ia dilihat OnePlus akan hanya hadir dengan satu variasi sahaja, dan tiada variasi OnePlus 8T Pro.

Ia tidak diketahui lagi apakah sebab disebalik keputusan ini. OnePlus pada tahun ini telah hadir dengan beberapa peranti, dan turut diperkatakan bakal memperkenalkan sejumlah peranti kelas pertengahan dalam bulan-bulan akan datang.

Sekiranya desas-desus ini benar, mungkinkah kita akan melihat fokus OnePlus terhadap satu peranti mercu kembali, dan menawarkan sejumlah peranti kelas pertengahan selepas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd