Ini Adalah Langkah Bijak Untuk Membeli Telefon Pintar Dengan Bayaran RM8

Ini Adalah Langkah Bijak Untuk Membeli Telefon Pintar Dengan Bayaran RM8

Diterbitkan pada Sep 18, 2020 oleh .

Bermula daripada pendemik Covid-19 yang melanda dunia tahun ini, pelbagai industri telah terkesan daripada impaknya terhadap ekonomi di Malaysia. Sejak daripada itu, ramai yang ingin berjimat dalam membuat sebarang pembelian bagi memberi keselesaan dalam kelangsungan hidup. Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar namun dalam masa yang sama ingin berjimat, Digi kali ini telah mengemaskini pelan Digi PhoneFreedom 365 mereka dengan penawaran pelbagai telefon pintar terbaru dengan bayaran ansuran bulanan yang lebih mampu milik. Antara telefon pintar yang ditawarkan adalah pelbagai model daripada jenama Apple, Samsung, Huawei, OPPO, dan juga Vivo.

Anda juga dapat berjimat dengan lebih banyak kerana rebat bulanan yang ditawarkan adalah tinggi, iaitu bermula RM15 hingga RM25, bergantung kepada pelan yang anda langgan. Tambahan pula, tahukah anda Digi menawarkan pembelian telefon pintar dengan bayaran ansuran serendah RM8 selama 24 bulan? Malah jika dikira semula, bayaran RM8 setiap bulan ini menjadikan harga pembeliannya hanya MR192 untuk sebuah telefon pintar yang berharga RM699. Ini membolehkan anda untuk berjimat sehingga RM507 dan membuatkannya lebih mampu milik. Ini sekaligus menjadikan anda pengguna yang bijak kerana harga pembelian telefon pintar adalah lebih berbaloi untuk didapatkan melalui Digi. Tetapi perlu diingatkan bahawa harga RM8 setiap bulan ini hanyalah untuk peranti, tidak termasuk bersama harga pelan langganan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda melanggan pelan PF365 melalui pakej Digi Postpaid 120 dan ingin membeli OnePlus Nord, anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,127 dalam tempoh masa 24 bulan. Telefon pintar ini pada asalnya ditawarkan dengan bayaran ansuran RM68 untuk setiap bulan. Memandangkan kali ini Digi menawarkan diskaun untuk pelan PF365 mereka, pakej Digi Postpaid 120 akan berharga RM105 selama 24 bulan. Jika ditambah jumlahnya, ini menjadikan jumlah terkumpul bayaran bulanan yang anda boleh jimat adalah sebanyak RM1,127. Dengan pelan ini juga anda boleh menikmati kuota internet berkelajuan tinggi bersama panggilan tanpa had.

Melalui penawaran daripada Digi ini, Anda yang melanggan pelan Digi PhoneFreedom 365 ini juga diberi peluang untuk memiliki telefon pintar terkini dengan lebih mudah tanpa sebarang pembayaran wang pendahuluan bersama kadar faedah 0%. Bayangkan dengan bayaran serendah RM8 secara ansuran, anda boleh menikmati internet daripada rangkaian Digi yang berkelajuan tinggi, dapat memiliki telefon pintar yang baru, tiada wang pendahuluan dikenakan dan kadar faedah pula adalah 0%.

Ini sekaligus memberikan alternatif lain kepada pelanggan Digi untuk memiliki telefon pintar terkini dengan pembayaran yang lebih mampu milik. Jika kita lihat perbandingan dibawah, pakej harga yang ditawarkan oleh Digi adalah lebih berbaloi untuk dilanggan. Ini sekaligus  menjadikan anda lebih bijak dalam pembelian sekiranya memilih pelan daripada Digi.

Malah, anda juga boleh menaik taraf telefon pintar anda selepas 18 bulan menggunakannya tanpa sebarang bayaran tambahan dan ia boleh ditukar sehingga 3 kali telefon pintar baru. Bagi anda yang melanggan pelan ini daripada pakej Postpaid 160 dan 190, anda tidak perlu risau sekiranya telefon pintar anda mengalami kerosakkan, kerana Digi menawarkan perkhidmatan perlindungan peranti secara percuma selama 2 tahun. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati kuota internet berkelajuan tinggi dan dua kali ganda lebih banyak daripada biasa, iaitu sehingga 200GB.

Sekiranya anda sedang mencari-cari telefon pintar terkini dan dalam masa yang sama ingin berjimat, langganlah pelan PhoneFreedom 365 daripada Digi. Ini adalah kerana, harga telefon pintar yang anda inginkan adalah lebih murah, penawaran internet berkelajuan tinggi sehingga dua kali ganda, tidak perlu membayar wang pendahuluan dan kadar faedah serta perkhidmatan perlindungan peranti secara percuma. Ini menjadikan komitment bulanan anda adalah sangat rendah, dan dengan memilih Digi PhoneFreedom 365 anda menjadi pengguna yang bijak.

Layari: Laman Rasmi Digi Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada Digi


TIPS & ULASAN