AMD Bakal Bekerjasama Dengan MediaTek Untuk Memasuki Pasaran Komponen WiFi
AMD

AMD Bakal Bekerjasama Dengan MediaTek Untuk Memasuki Pasaran Komponen WiFi

Diterbitkan pada Sep 8, 2020 oleh .

Apabila bercakap mengenai komponen yang menyambungkan komputer anda kepada rangkaian WiFi, diantara nama yang pastinya dikenali ialah Intel. Sekian lamanya mereka telah membina komponen cip pengawal WiFi yang bukan sahaja digunakan didalam komputer riba yang dikuasakan Intel, tetapi juga pelbagai komponen dan peranti yang lain.

Terkini, AMD dikatakan bakal memasuki arena pembinaan komponen WiFi juga, dimana mereka akan menggunakan komponen pengawal WiFi ini didalam siri-siri komputer riba yang dikuasakan AMD di masa hadapan.

Cabaran terbesar bagi AMD untuk memasuki pasaran ini ialah isu harta intelek ataupun IP, dimana AMD akan memerlukan masa yang sangat panjang untuk mencipta komponen mereka sendiri.

Oleh itu, syarikat tersebut akan bekerjasama dengan MediaTek, sebuah lagi syarikat pembangun cip yang terkenal untuk pelbagai cip-cip sistem mereka, termasuklah cip modem untuk sambungan nirwayar dan sebagainya.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah AMD akan tiba dengan komponen-komponen rangkaian nirwayar ini, tetapi ia mungkin akan tiba dalam generasi akan datang.



TIPS & ULASAN