Carian
Huawei Menyasarkan Hongmeng Mampu Menggantikan Ekosistem Google Pada Masa Akan Datang
September 8, 2020 Aman

Hongmeng OS atau turut dikenali sebagai Harmony OS merupakan sistem operasi yang sedang giat dibangunkan oleh Huawei. Versi generasi baru untuk sistem operasi berkenaan dijangka dipertontonkan pada minggu ini, selain beberapa peranti menggunakannya.

Bercakap mengenainya, CEO Huawei dipetik mengatakan prestasi Hongmeng kini telah mencapai sekitar 70-80% dari Android.

Huawei sendiri sedia melaburkan ratusan juta untuk pembangunan sistem operasi ini, selain ekosistem disebaliknya.

Huawei sebelum ini telah memulakan pembangunannya secara aktif selepas mereka mengalami tekanan halangan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat. Huawei sendiri mengatakan sekiranya syarikat China tidak boleh menggunakan ekosistem Google, maka ekosistem Huawei ini akan ditawarkan pada peringkat global, dan menjadi pengganti untuk Google.

Huawei sendiri kini sedia menerajui arena rangkaian telekomunikasi 5G, walaupun mengalami halangan oleh Amerika Syarikat. Huawei mengatakan mereka sedia mendahului Ericsson dan Nokia, selain telah mula digunakan oleh sejumlah negara untuk tujuan rangkaian 5G mereka.

Komen