Cari @ Amanz

Vivo kini mengumumkan mereka sedang membangunkan sensor kamera RGBW yang dijangka digunakan pada peranti keluaran mereka seawal tahun hadapan.

Sensor kamera baru yang telah dalam pembangunan untuk setahun ini hadir dengan matriks RGBW, selain penuras CFA. Sensor baru ini dikatakan lebih efisien 200% berbanding sensor konvensional RGGB.

Dengan penggunaan sensor ini, ia akan membolehkan rakaman gambar yang lebih jelas ketika waktu malam atau persekitaran dengan cahaya malap.

Pembangunan sensor sendiri ini turut akan memberikan lebih kawalan kepada pihak Vivo dalam penawaran perkakasan dan perisian mereka.

Sama-sama kita nantikan lanjut apakah peranti pertama dari Vivo yang akan dilengkapi sensor ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd