Kerajaan Bercadang Mengenakan Caj Perkhidmatan Untuk Pembelian Atas-Talian

Kerajaan Bercadang Mengenakan Caj Perkhidmatan Untuk Pembelian Atas-Talian

Diterbitkan pada Sep 8, 2020 oleh .

Kerajaan kini dilihat bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02% untuk pembelian secara atas-talian – termasuk melalui platform edagang seperti Lazada dan Shopee.

Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat perancangan awal di kementerian. Pelbagai perkara masih perlu diteliti lagi, termasuk pembelian minimum untuk caj berkenaan, serta beberapa perkara lain.

Daripada contoh yang diberikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, untuk pembelian sebanyak RM1000, pengguna akan perlu membayar sebanyak 20 sen sebagai caj perkhidmatan.

Caj perkhidmatan yang dikutip ini dijangka digunakan untuk sejumlah perkara, termasuk dalam mengukuhkan lagi keselamatan siber.

Ia diperkatakan pelbagai pembelian atas-talian tidak membayar cukai, dan pelaksanaan kaedah ini mungkin mengurangkan ketirisan hasil kerajaan.

Dikemaskini : Menurut laporan Bernama, caj yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

  1. Tiada caj untuk pembelian RM200 dan ke bawah
  2. RM1,000 kebawah dikenakan caj sebanyak 20 sen
  3. RM1,000 ke atas dikenakan 40 sen. Setiap gandaan RM1,000 akan dikenakan tambahan 20 sen


TIPS & ULASAN