Cari @ Amanz

Pop naik, pop sisi, bawah skrin, lubang kamera dan takuk. Ini ialah posisi kamera swafoto pada peranti sejak kebelakangan ini bagi membolehkan penggunaan skrin yang lebih besar. Kesemuanya mempunyai pro dan kontra tersendiri.

Dengan kamera menyelinap di belakang skrin kini sudah menjadi realiti pasti ramai meramalkan rekaan lain akan dihentikan. Tetapi Xiaomi mempatenkan sebuah peranti dengan dwi kamera pop naik yang kelihatan seperti telinga arnab.

Paten Xiaomi dari depan dan belakang.

Dengan sistem ini, dua kamera swafoto dan dua kamera utama dapat disorokkan ke dalam tubuh peranti ketika tidak digunakan. Peranti dengan rekaan yang lebih minimalis dapat diwujudkan. Xiaomi mempatenkan rekaan ini tahun lalu tetapi ia hanya diterbitkan oleh CNIPA hari ini.

Xiaomi kerap mempatenkan rekaan peranti yang unik tetapi kemudiannya tidak digunakan di dunia sebenar. Maka kebarangkalian rekaan ini menjadi realiti masih lagi agak rendah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd