Cari @ Amanz

Tahun ini dilihat adalah tahun Mobvoi, yang mana mereka banyak melancarkan produk audio dan juga memperkenalkan jam tangan pintar pertama dengan sistem operasi tersendiri. Apa yang jelas adalah, Mobvoi memberi fokus penuh kepada aksesori audio dan hadir dengan pelbagai pilihan produk.

Terkini mereka telah hadir dengan untk TicPods 2 Pro+ iaitu kemaskini kepada TicPods 2 mereka sebelum ini. Kali ini, Mobvoi memfokuskan kepada rekaan yang lebih premium dan juga fungsi yang lebih pintar berbanding sebelum ini. TWS ini turut dikemaskini dengan plat besi di bahagian pod pengecasan, tetapi rekaan lain dikekalkan sama sahaja. Perkara paling menarik adalah TicPods 2 Pro+ ini menyokong tambatan tersendiri untuk setiap fon telinga melalui teknologi terkini dari Qualcomm ADK. Melalui teknologi ini proses tambatan, masa pendam serta penggunaan mono atau stereo adalah lebih baik.

Seperti kebanyakan TWS mereka yang lain, TicPods terbaru ini turut menyokong kawalan gestur kepala. Mobvoi turut menambah sokongan arahan suara baru TicHear yang mana dengan hanya sebut hang up untuk matikan panggilan telefon, pause music untuk menjeda muzik dan banyak lagi. Kawalan sentuhan juga ditambahbaik dengan kemampuan mengubah aras suara, mengakses pembantu digital, serta kualiti panggilan telefon yang lebih jelas.

TicPods 2 Pro+ adalah jenis fon telinga terbuka dengan sokongan perlindungan percikan air IPX4 dan dijual pada harga $139.99, iaitu sekitar RM584.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd