Xiaomi Mi TV 4A Horizon Edition Dilancarkan – TV Pintar Bezel Nipis Mampu Milik

Xiaomi Mi TV 4A Horizon Edition Dilancarkan – TV Pintar Bezel Nipis Mampu Milik

Diterbitkan pada Sep 8, 2020 oleh .

Xiaomi dan televisyen pintar berpisah tiada. Seperti produk lain, Xiaomi turut mempunyai televisyen pintar mampu milik dengan fokus tertentu yang mana akan memuaskan hati pengguna. Walaupun televisyen ini tidak memasuki pasaran tempatan, TV ini menerima perhatian ramai kerana harga jualannya. Penjual gajet di Malaysia juga ramai yang membawa masuk set import.

Terkini untuk pasaran India, Xiaomi telah melancarkan Mi TV 4A Horizon Edition. Ia adalah televisyen pintar bajet dengan rekaan premium, yang mana Xiaomi menggunakan rekaan bezel yang nipis. Terdapat dua variasi iaitu HD untuk 32-inci dan FHD untuk 43-inci. Kedua-dua televisyen ini dijana dengan cip empat-teras, GPU Mali-450, memori 1/8 GB, pembesar suara DTS-HD 20W dan menjalankan sistem operasi PatchWall iaitu Android TV 9 dengan antaramukla Xiaomi.

Televisyen ini turut mempunyai nisbah skrin-ke-badan 95%, paparan Vivid Picture, sokongan Mi Quick Wake yang membolehkan televisyen dihidupkan dalam masa 5 saat serta mod kanak-kanak dengan satu klik. Untuk port sambungan kedua-duanya mempunyai 3x HDMI, 2x USB, 1x Ethernet dan 1x bicu 3.5mm. Tetapi versi 43-inci mempunyai tambahan port 1x S/PDIF untuk audio.

Harga jualan adalah ₹13,499 (~RM763) untuk 32-inci dan ₹22,999 (~RM1300) untuk 43-inci. Ia agak murah dan menarik. Harapnya suatu hari nanti televisyen seperti ini akan memasuki pasaran tempatan.



TIPS & ULASAN