Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Apple bakal membuka cawangan Apple Store ketiga mereka di Singapura diatas permukaan air di kawasan Marina Bay Sands.

Ia membawakan rekaan berbentuk bulat dan terapung di permukaan air. Dengan rekaan berasaskan kaca, ia sekaligus membenarkan cahaya semula jadi measuki ruang kedai sepanjang masa.

Apple kini mengesahkan bahawa Apple Store ini akan dibuka pada 10 September kelak. Walaupun begitu, oleh kerana wabak COVID-19 yang masih lagi sedang membelenggu dunia, cawangan tersebut tidak akan terbuka kepada orang ramai buat masa ini.

Orang ramai yang ingin melawat cawangan Apple Store tersebut akan perlu menempah tempat mereka melalui laman web ini tetapi pada waktu artikel ini ditulis, nampaknya semua slot untuk hari pembukaan cawangan tersebut sudahpun dipenuhi.