Cari @ Amanz

Kenderaan peribadi popular suatu ketika dahulu ialah basikal. Tetapi kini kenderaan peribadi bermotor semakin biasa dilihat di negara kita sendiri dalam bentuk skuter elektrik dan papan apung. Satu jenis pengangkutan peribadi yang jarang dilihat ialah monosikal – kenderaan satu roda yang memerlukan pengguna berdiri sepanjang masa.

Inmotion V11 yang baru dilancarkan ialah yang pertama dipasarkan dengan sistem apungan udara. Menerusi sistem apungan ini, ia boleh digunakan dengan lebih selesa pada permukaan jalan yang tidak rata. Malahan Inmotion V11 cukup tahan lasa untuk digunakan pada jalan yang tidak diturap.

Dengan motor berkuasa 2200W, V11 boleh bergerak pada kelajuan maksimum 54 kmj dan jarak operasi sehingga 120 km dengan sekali caj. Selain sistem apungan yang lebih baik, sistem lampu dan brek V11 juga dipertingkatkan. Bagi yang berminat, Inmotion V11 dijual pada harga $1999 (~RM8290) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd