Bose ialah syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan fon kepala dengan pembatalan hingar yang pada awalnya digunakan dalam industri penerbangan. Status mereka sebagai juara pembatalan hingar kemudiannya dicabar oleh Sony. Hari ini video promosi Bose QuietComfort Earbuds telah dimuat turun oleh laman Harvery Norman secara tidak sengaja dan kemudiannya dipadam.
Pada awalnya terdengar ia dilaporkan akan dilancarkan sebagai Bose Noise Cancelling Earbuds 700 akan tetapi nampaknya ia telah dijenamakan semula sebagai Bose QuietComfort Earbuds untuk lebih selari dengan penamaan fon kepala mereka.
Dengan sekali caj QuietComfort Earbuds boleh beroperasi sehingga 6 jam. Terdapat sokongan sistem pembatalan hingar aktif serta kemampuan kalis air serta peluh.

Dari segi rekaan ia lebih menyamai rekaan Sony WF1000XM3 berbanding AirPods Pro. Terdapat cangkuk getah yang akan menyukarkan ia dari tertanggal dari telinga. Dengan video telah tertiris pastinya pelancaran produk sudah semakin hampir.