Cari @ Amanz

Apple hari ini mengumumkan sebuah acara khas yang bakal diadakan pada 15 September kelak.

Apple dijangka akan mengumumkan sejumlah produk baru pada acara berkenaan. Sekiranya mengikut jadual pelancaran tahunan, Apple sering memperkenalkan iPhone terbaharu pada acara bulan September mereka.

Disamping itu, Apple turut dijangka mengumumkan beberapa peranti lain, termasuk Apple Watch.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 15 September ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Apple. Acara ini turut akan ditayangkan secara langsung melalui web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd