Apple Dijangka Melancarkan Apple Watch Dan iPad Pada Minggu Hadapan – iPhone Baharu Hanya Pada Oktober

Apple Dijangka Melancarkan Apple Watch Dan iPad Pada Minggu Hadapan – iPhone Baharu Hanya Pada Oktober

Diterbitkan pada Sep 9, 2020 oleh .

Apple telah pun mengumumkan acara khas yang bakal diadakan pada 15 September ini. Jikalau mengikut jadual pelancaran tahunan, Apple sering memperkenalkan iPhone baharu pada acara bulan September – tetapi hal berkenaan mungkin tidak berlaku pada tahun 2020 ini.

Melalui laporan Bloomberg, Apple dikatakan hanya akan memfokuskan pengenalan terhadap Apple Watch, selain turut memperkenalkan iPad Air dengan rekaan baharu, selain aksesori lain.

Perkara ini juga selari dengan jemputan pihak Apple yang menggunakan slogan “Time Flies”.

Ia dikatakan iPhone baharu hanya akan dilancarkan pada bulan Oktober kelak. Hal ini mungkin kerana kesan Covid-19 yang mengakibatkan kelewatan pada bahagian pengeluaran – dan Apple sendiri yang mungkin inginkan pelancaran telefon pintar baharu dan jualannya yang tidak begitu jauh tempohnya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 15 September ini untuk melihat kejutan pihak Apple.



TIPS & ULASAN