Poco berjaya mencuri perhatian ramai selepas melancarkan Poco X3 NFC yang hadir dengan pelbagai penawaran menarik tetapi dijual pada harga agak mampu milik. Dalam perkembangan lain, sebenarnya jenama ini turut memperkenalkan sebuah lagi model baharu iaitu Poco M2.
Poco M2 membawakan skrin bersaiz 6.53-inci FHD+ dengan rekaan paparan berlubang untuk peletakan kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Paparan ini menggunakan Corning Gorilla Glass 3 sebagai pelindung utama. Seterusnya, ia juga dilengkapi cip permproses MediaTek Helio G80 dengan gabungan memori 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Perisian digunakan pula adalah MIUI 11 berasaskan Android 10 terkini. Menariknya lagi, peranti ini dikhabarkan tidak didatangkan dengan mana-mana iklan seperti yang terdapat pada sejumlah peranti Xiaomi dan Redmi.
Untuk kamera, ia membawakan empat lensa utama dengan konfigurasi 13-Megapixel (utama) + 8-Megapiel (ultra-lebar) + 5-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Melengkapi peranti juga adalah bateri besar 5,000mAh dengan pengecasan pantas sehingga 18W melalui port USB-C. Namun begitu, pengecas dengan output kuasa 18W ini perlu dibeli secara berasingan. Hanya pengecas dengan output kuasa 10W sahaja yang disertakan di dalam kotak pembungkus.
Poco M2 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Slate Blue, Pitch Black dan Brick Red. Peranti ini dijual pada harga bermula Rs.10,999 (~RM622) untuk versi asas. Tapi sebenarnya, kalau diperhatikan betul-betul Poco M2 bukanlah sebuah peranti dengan spesifikasi yang baru sepenuhnya. Sebaliknya, ia dilihat ‘meminjam’ sejumlah spesifikasi yang ada pada Redmi 9 sebelum ini. Atau dalam bahasa saintifiknya adalah penjenamaan semula. Jadi, apa pendapat anda mengenainya?