Cari @ Amanz

Oppo Malaysia kini telah membuka kuota sebanyak 2000 untuk membolehkan pengguna peranti Oppo Reno3 dan juga Reno3 Pro di Malaysia menguji sistem operasi terbaru ColorOS.

Ditawarkan dalam bentuk beta, sistem operasi ini adalah berasaskan kepada Android 11 yang telah pun dilancarkan oleh Google pada awal pagi ini.

Oppo Reno3

Oppo dijangka akan menawarkan kemaskini stabil untuk pengguna kedua-dua peranti ini dalam masa terdekat – dan ujian beta ini dijangka untuk mengumpulkan maklumbalas pengguna tempatan sebelum versi akhir ditawarkan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Reno3 atau Reno3 Pro, boleh membuat permohonan untuk menyertai ujian ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd