Carian
Samsung Dan FILA Berkolaborasi – Hadir Dengan Galaxy Buds Live Edisi Khas
September 9, 2020 Amy Maizuraa


Samsung kini berkolaborasi dengan jenama terkenal, FILA untuk menghasilkan fon telinga Galaxy Buds Live dalam edisi khas. Ia bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pengguna khususnya dalam kalangan anak muda bagi mengekspresi gaya dan personaliti tersendiri.

Difahamkan, tidak ada sebarang perubahan spesifikasi pada fon telinga untuk edisi khas ini. Sebaliknya ianya hanya hadir dengan kemasan tema khas logo FILA bersama warna Mystic White. Selain itu, pakej edisi khas ini turut disertakan dengan aksesori tambahan lain seperti keychain berbentuk kasut untuk kelihatan lebih menarik. Menurut Samsung, pakej ini tersedia secara eksklusif dalam 2,000 unit sahaja dan dijual pada harga $175 (~RM730) untuk sebuah.

Imbas kembali, Samsung juga sebelum ini turut pernah dengan sejumlah jenama, pereka dan selebriti terkenal untuk penghasilan produk edisi khas. Ia termasuklah pereka terkenal, Thom Browne serta kumpulan k-pop popular seperti BTS dan Blackpink.

Komen