Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Surface Laptop Berspesifikasi Pertengahan

Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Surface Laptop Berspesifikasi Pertengahan

Diterbitkan pada Sep 9, 2020 oleh .

Microsoft sedia menawarkan peranti berbentuk tablet dan juga dua-dalam-satu dinamakan Surface Go pada harga lebih mesra poket berbanding penawaran Surface yang sedikit mahal.

Terbaru, selain daripada penawaran tablet berkenaan, Microsoft turut diperkatakan mungkin menambah penawaran komputer riba dengan spesifikasi pertengahan – sekaligus menawarkan ia pada harga lebih kompetitif kepada pengguna.

Mengikut desas-desus awal, komputer riba Surface Laptop yang baru ini dijangka hadir dengan skrin 12.5-inci, dilengkapi cip Intel Core i5 generasi ke-10, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. 

Melalui penawaran ini, Microsoft dijangka memfokuskan kepada pasaran pendidikan, dan tujukan Surface Laptop baru ini kepada pelajar yang perlukan komputer riba, tetapi tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi berbanding kebiasaan.

Microsoft dikatakan mungkin memperkenalkan sejumlah produk dibawah Surface sekitar bulan Oktober ini. Sekiranya tepat, maka kita mungkin akan dapat melihat Surface Laptop baru ini turut diperkenalkan ketika itu



Paling Popular