Carian
Samsung Galaxy Z Fold2 5G Berharga RM7999 Di Malaysia – Boleh Dipra-tempah 11-24 September Ini
September 9, 2020 Aman

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar dengan skrin boleh-lipat generasi terbaru mereka, iaitu Samsung Galaxy Z Fold2 5G.

Galaxy Z Fold2 5G ini hadir dengan penggunaan dwi-skrin. Skrin bahagian luar menawarkan saiz 6.2-inci Super AMOLED dengan rekaan hampir nirbingkai, menyertakan sebuah lubang untuk kamera 10-megapixel.

Manakala untuk bahagian dalam, ia hadir dengan skrin 7.6-inci yang boleh dilipat, menggunakan panel Dynammic AMOLED 2x, serta menawarkan kadar segar semula 120Hz.

Galaxy Z Fold2 5G dilengkapi cip Snapdragon 865+, memori 12GB RAM, dan bateri 4500mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuk Samsung Galaxy Z Fold2 5G pada harga RM7999 di Malaysia. Pra-tempahan dibuka oleh Samsung antara 11 September hingga 24 September ini. Untuk pra-tempahan, pengguna turut akan menerima Galaxy Buds Live dan Montblanc Card Holder secara percuma.

Komen