Waze kini membenarkan penggunanya untuk menghantar lokasi secara terus daripada dekstop ke aplikasi. Ini adalah fungsi yang sama seperti yang ditemui pada Google Maps sebelum ini, tetapi melalui pendekatan yang berbeza.
Jikalau aplikasi Google Maps membenarkan pengguna mengakses fungsi ini menerusi sejumlah peranti, emel atau nombor tefon yang berdaftar dengan akaun Google. Berbeza pula dengan aplikasi Waze, yang menggunakan pendekatan penggunaan kod QR untuk berkongsi lokasi. Cara penggunaannya juga sangat mudah difahami.
Di mana anda hanya perlu buka laman Waze Live Map di desktop. Kemudian, mulakan carian untuk lokasi yang dimahukan dan klik pada pautan ‘Share to your phone‘ untuk berkongsi ke aplikasi pada peranti. Setelah selesai, satu kod QR akan dipaparkan untuk anda imbas dan ia akan membawa anda secara terus ke lokasi dimaksudkan melalui aplikasi.
Dalam pada itu, Waze turut menambah keupayaan untuk melihat lokasi yang disimpan pada desktop. Melaluinya, anda tidak perlu lagi menaip lokasi yang sama secara manual. Fungsi ini tersedia di sejumlah negara termasuk Malaysia dan boleh di akses pada peranti Android dan iOS.