Televisyen pintar kini sudah boleh dikatakan normal digunakan di rumah seperti telefon pintar. Terdapat banyak jenama dan banyak juga sistem operasi yang digunakan pada televisyen pintar. Menurut laporan Strategy Analytics, televisyen pintar Samsung ialah peranti yang paling banyak digunakan bagi tujuan penstriman.

Dengan pegangan 14% pasaran Samsung berada di kedudukan teratas diikuti oleh Sony (12%), LG (8%), Hisense (5%) dan TCL (5%). Tidak berakhir di situ, sistem operasi Tizen oleh Samsung juga sekali menjadi yang paling popular juga dengan 11% diikuti oleh WebOS (7%), Sony PlayStation (7%), Roku TV OS (5%) dan Fire OS (5%).
Bagaimana pula dengan peranti buatan Apple dan Google? Adroid TV sekadar memegang 4% sistem operasi (Chromecast dan Google Cast tidak dimasukkan sekali) dan tvOS pula lebih rendah dengan 2%. Angka yang diberikan oleh Strategy Analytics ini tidaklah mengejutkan kerana Samsung menjuarai pasaran televisyen sejak 14 tahun yang lalu dan televisyen pintar Tizen mereka menjadi pilihan terutamanya di Malaysia.