Cari @ Amanz

LG ialah syarikat yang cuba berfikir di luar kotak. Ketika pengeluar lain berpusu-pusu menghasilkan peranti skrin boleh-lipat, mereka bergerak secara tangen dan menghasilkan peranti dwi-skrin. Seterusnya mereka akan melancarkan pula LG Wing dengan dwi-skrin boleh berputar.

Video penggunaannya telah tertiris tetapi hari ini imej pengolokan rasminya pula tertiris menerusi @evleaks. Peranti kelihatan seperti sebuah telefon pintar normal dalam mod biasa. Skrin utama ini kemudian boleh diputar 90 darjah untuk mendedahkan skrin sekunder di bawahnya.

Imej pengolokan dari @evleaks

Skrin sekunder ini kemudian boleh digunakan untuk memaparkan peta permainan dalam permua dan menjawab telefon ketika aplikasi GPS digunakan. Pada bahagian belakang dapat dilihat tri-kamera utama seperti yang ditemui pada LG Velvet sebelum ini. LG Wing akan dilancarkan secara rasmi pada 14 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd