Cari @ Amanz

Apa yang dimaksudkan dengan B40, M40 dan juga T20? Ia merupakan takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah dalam golongan masyarakat di Malaysia. Kebiasaannya golongan T20 ini adalah terdiri daripada usahawan yang sering menggunakan peranti pintar dalam kehidupan seharian. Jadi, sekiranya anda adalah daripada golongan T20 dan sedang mencari sebuah telefon pintar yang terkini, Samsung Galaxy Z Fold2 5G adalah untuk anda. Mengapa? Ini adalah sebabnya.

1. Rekaan Yang Memberikan Persepsi Premium

Sekiranya anda mencari telefon pintar dengan sedikit kelainan daripada telefon pintar biasa yang ada di pasaran, pilihlah Samsung Galaxy Z Fold2 5G. Ini kerana apabila sekali pandang ia dilihat seperti telefon pintar yang biasa, namun apabila dibuka, ia boleh dijadikan sebagai tablet. Malah, anda juga boleh separa lipat mengikut keselesaan anda. Di Malaysia, ia ditawarkan pada dengan dua pilihan warna, iaitu Mystic Bronze dan Mystic Black.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan rekaan dwi skrin, yang mana pada bahagian luarnya menawarkan saiz 6.2 inci Super AMOLED dengan rekaan hampir nirbingkai. Manakala bahagian dalamnya pula dibina dengan panel Dynamic AMOLED 2x yang bersaiz 7.6 inci yang boleh dilipat dan menawarkan kadar segar semula 120Hz. Skrinnya adalah lebih besar daripada skrin yang ditawarkan pada Galaxy Fold generasi pertama, tatapi dengan bezel yang lebih nipis iaitu 2.7mm dengan paparan inifinity O.

2. Spesifikasi Yang Tinggi Sesuai Untuk Sebuah Peranti Mercu

Bercakap mengenai spesifikasi yang ditawarkan pula, Samsung Galaxy Z Fold2 5G ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+, menerima pelancar One UI 2.5 berasaskan Android 10, penawaran memori 12GB bersama storan 256GB. Penawaran saiz RAM yang besar ini, ia sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebiih lancar apabila menggunakan pelbagai aplikasi dalam masa yang sama.

Baterinya pula adalah sebesar 4500mAh yang mana dengan kapasiti ini, ia membolehkan anda untuk menggunakan telefon pintar ini dengan satu tempoh yang lama. Malah teknologi AI yang ditelakkan pada telefon pintar ini juga sedikit sebanyak membantu anda untuk mengurangkan kadar penggunaan bateri, walaupun anda menggunakan telefon pintar dalam jangka masa yang lama.

3. Memudahkan Anda Untuk Melakukan Pelbagai Kerja Dalam Satu Masa

Jenama Samsung sering dikenali dengan penawaran telefon pintar yang memfokuskan kepada produktiviti. Oleh itu, melalui pelancaran Samsung Galaxy Z Fold2 5G kali ini, mereka juga mengekalkan fokus yang sama. Dengan menggunakan telefon pintar ini, anda boleh melakukan tugasan harian dengan lebih produktif kerana telefon pintar ini membenarkan anda untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu masa yang sama.

Antara fungsi yang terdapat pada Galaxy Z Fold2 5G ini adalah anda diberi pilihan untuk menetapkan mod skrin. Melaluinya, andaboleh memilih samaada hendak menggunakan peranti ini dalam mod telefon pintar dan juga tablet. Pada peranti ini, aplikasi daripada Google, Microsoft, Spotify, dan natif dari samsung kesemuanya mempunyai mod tablet. Oleh itu, proses untuk melakukan kerja harian anda menjadi lebih mudah dengan Samsung Galaxy Z Fold2 5G.

Seperti yang saya nyatakan di atas sebentar tadi, telefon pintar ini menggunakan pelancar One UI 2.5 berasaskan Android 10, yang mana pelancar ini adalah pelancar yang sama digunakan pada siri Note20 mereka. Jadi, beberapa ciri yang terdapat pada siri Note20 boleh digunakan pada Samsung Galaxy Z Fold2 5G. Antara ciri yang boleh digunakan adalah sokongan DeX secara nirwayar. Daripada fungsi ini, proses pemindahan data daripada telefon pintar kepada desktop adalah lebih mudah melalui cara Link to Windows sahaja, dan sekiranya anda perlu membuat perbentangan, anda hanya sambungkan Galaxy Z Fold2 5G ini secara nirwayar untuk mendapatkan paparan yang lebih besar.

Bagi mana-mana panggilan video melalui telefon pintar sekarang, kita perlu memegang atau sandarkan telefon pintar pada sesuatu objek untuk memuatkan wajah kita dalam bingkai telefon pintar. Namun ia berbeza dengan Samsung Galaxy Z Fold2 5G, kerana telefon pintar ini boleh digunakan dalam Flex Mode yang membolehkan sudut skrin boleh lipat ini dilaras sendiri oleh pengguna dan didirikan ketika menggunakan aplikasi teelsidang dan sebagainya. Oleh itu, pengguna tidak perlu membeli kerangka dengan tongkat tambahan kerana rekaan peranti ini sendiri mempunyai tongkat boleh laras terbina padanya. Anda juga boleh melakukan kerja lain apabila menerima panggilan video kerana anda tidak lagi perlu untuk memegangnya.

Bukan itu sahaja, tangkapan layar (screenshot) berasingan untuk setiap aplikasi yang dijalankan dalam satu masa yang sama juga boleh dibuat. Jadi, sekiranya anda menjalankan 3 aplikasi dalam masa yang sama, anda boleh membuat tangkapan layar bagi satu aplikasi sahaja dengan mudah tanpa perlu membuat suntingan gambar.

4. Pengalaman Hiburan Yang Lebih Memuaskan

Skrinnya yang luas juga membolehkan anda untuk mendapatkan pengalaman permainan dan tontonan yang lebih menyeronokkan. Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan pada skrin telefon pintar ini, ia hadir dengan kadar segar semula 120Hz pada skrin utama. Ini menjadikannya lebih lancar untuk ditatal dan boleh bermain permua dengan lebih lancar sekaligus dapat meningkatkan lagi prestasi permainan anda.

Malah, kadar pendam (latency) pada Samsung Galaxy Z Fold2 5G ini juga telah ditambah baik. Oleh itu, sekiraanya anda menggunakan alat kawalan dengan sokongan Bluetooth dan juga Galaxy Buds Live, anda boleh mendapatkan pengalaman skrin dan kawalan yang lebih mengasyikkan. Dengan sokongan 5G yang disertakan pada telefon pintar ini juga, ia bakal membantu prestasi penggunaan telefon pintar ini agar menjadi lebih lancar dan laju dengan kepantasan rangkaian 5G yang bakal disokong kelak.

5. Spesifikasi Kamera Yang Mempunyai Pelbagai Fungsi

Samsung Galaxy Z Fold2 5G ini disertakan dengan lima kamera yang terdiri daripada tiga kamera utama gabungan 12+12+12MP bersama dwi kamera swafoto gabungan 10+10MP. Selain kelainan daripada segi rekaannya, telefon pintar ini juga membawakan kelainan daripada segi cara mengambil gambar. Disebabkan ia hadir dengan dua skrin dimana satu skrin di bahagian luar, dan satu skrin di bahagian dalam, anda boleh mengambil gambar swafoto menggunakan tri-kamera utama Galaxy Z Fold2 ini.

Sekiranya anda seorang yang gemar merakamkan video, telefon pintar ini menyediakan fungsi rakaman yang baru, iaitu Ultra Framing yang membolehkan anda kekal dalam bingkai gambar walaupun anda bergerak. Ini kerana kamera telefon pintar ini akan menjejak kedudukan subjek dan akan memastikan ia sentiasa dirakam. Malah, kameranya juga boleh mengesan sekiranya terdpaat lebih daripada satu subjek di dalam rakaman. Melalui telefon pintar ini, anda tidak perlu risau sekiranya tiada bantuan daripada orang lain untuk merakam, kerana fungsi Ultra Framing ini sangat membantu rakaman video anda.

Kesimpulan

Kita sudah lihat penawaran yang disertakan pada Samsung Galaxy Z Fold2 5G ini. Dengan pelbagai kelainan dan fungsi menarik pada telefon pintar ini, jelaslah bahawa harga yang ditawarkan adalah masuk akal. Bagi yang belum tahu, Samsung Galaxy Z Fold2 5G ini dijual pada harga RM7999. Oleh itu, sekiranya anda berminat dengan telefon pintar ini, anda sudah boleh membuat pra tempah hari ini sehingga 24 September 2020. Bagi setiap pra tempahan yang dibuat, anda berpeluang untuk menerima Samsung Galaxy Buds Live dan Montblanc Card Holder secara percuma.

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd